Friday, February 6, 2015

Pendaftaran Peperiksaan MUET Sesi Julai 2015

Hi semua.

Apa khabar? Semua sihat? Dah makan?

Pendaftaran MUET sesi Julai 2015



Seperti yang anda lihat di jadual kalendar MUET tahun 2015 ini, sesi Mac 2015 telah pun bermula. Manakala untuk sesi Julai 2015, telah pun dibuka pendaftarannya sejak 5 Januari 2015.

Jadi, kepada yang masih belum membuat pendaftaran untuk Peperiksaan MUET 2015 kali ini, anda semua masih sempat mendaftar sehingga 13 Februari 2015.

Dan kena ingat tarikh ini.


  • Ujian Speaking - 15 hingga 25 Jun 2015
  • Ujian Bertulis - 1 Ogos 2015


Jadi, selepas membuat pendaftaran anda tak kiralah disekolah, dikolej atau universiti masing-masing, silalah membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan MUET itu nanti.

Lebih bersedia itu lebih baik, bukan?

Jadual Kalendar MUET 2015


Panduan MUET 2015


Ya.

Saya juga mencadangkan anda mendapatkan Panduan MUET ini dan membuat ulangkaji daripada panduan tersebut. Panduan MUET ini sebenarnya adalah berbentuk ebook. Maksudnya dalam bentuk fail pdf. Tapi orang kita sekarang panggil sebagai ebook.

Jadi, ebook Panduan MUET ini boleh membantu sedikit sebanyak dalam membuat persediaan Peperiksaan MUET anda nanti. Tak kiralah untuk sesi Mac atau Sesi Julai nanti. Ataupun pada sesi November hujung tahun nanti.

Kalau berminat, boleh download dan dapatkan segera melalui link dibawah ini.

Download disini - Panduan MUET

No comments:

Post a Comment

Jika ada pertanyaan tentang MUET, boleh tanya disini.