Monday, May 4, 2015

Rahsia Lulus Cemerlang dalam Exam Muet 2015

Hi.

Hari ini saya nak beritahu RAHSIA untuk lulus cemerlang dalam Exam Muet anda. 

Bagi yang akan mengambil peperiksaan Muet pada bulan Jun 2015 ini nanti, saya harap anda baca artikel ini dengan tenang.

Sebab rahsia ini sudah ada dalam diri anda.

..

...

Rahsia untuk menjadi seorang CHEF yang berjaya adalah..

memasak makanan yang sedap untuk orang yang mereka sayang.

..

...

Ya. Itu sahaja.

Dan jika anda hendak berjaya dan lulus cemerlang dalam Exam MUET kali ini..

Ask yourself..

"Apa cita-cita anda..?"

"Jika sudah berjaya, siapa yang anda hendak gembirakan?"

"Jika cita-cita anda adalah menjadi seorang doktor, siapakah orang yang anda hendak rawat?"

..

...

Tanyakan soalan-soalan begini pada diri anda.

In-sha Allah, sedikit sebanyak akan merangsang anda untuk lulus cemerlang bukan sahaja dalam exam muet, bahkan untuk capai segala cita-cita yang anda mahu.

Rahsia lulus Muet


Ini cuma sisipan rohani.

Agar kita sentiasa konsisten untuk capai cita-cita kita.

Exam MUET cumalah satu batu loncatang yang kita perlukan untuk mencapai apa yang kita hendak.

Usaha sungguh-sungguh.

Kekal konsisten.

Sentiasa berdoa dan bertawakal.

Belajar dan baca Panduan MUET setiap hari.

Gembirakan hati orang lain.

I wish your successful in your MUET exam.

Friday, May 1, 2015

Band 4 atau Band 1?

Hi.

Selamat pagi.

Beberapa hari lepas, ada seorang anak buah saya bertanya dengan saya.

"Pak Su masa ambil exam muet dulu, dapat berapa?"

..

...

Tersenyap saya seketika.

Saya senyum.

"Kenapa?"

"Entah la Pak Su, hari tu pensyarah ada buat "mock" exam. Dapat Band 1 aje.."

Ohh..

Sebenarnya, dapat band 4 atau band 1 nih..ada besar juga perbezaannya. Bergantung kepada "expectation" seseorang dan bergantung juga kepada "perlunya" kita dengan band itu.

Band ni, cumalah salah satu "RESULT" yang mungkin membantu kita mencapai cita-cita kita.

Contohnya..

Nak apply course "Medic" kat universiti tempatan sekarang pun, paling teruk pun mesti ada Band 3. Itu zaman saya. Zaman sekarang ni, at least band 4 ke atas rasanya.

Lainlah kita ada duit nak bayar untuk masuk universiti swasta atau kolej swasta. Yang itu, tak dapat band tinggi pun tak apa.

Tapi kita semua bukannya ada duit yang banyak dan mak bapak kita juga bukanlah orang kaya. Oleh itu, kita sebagai anak, belajar adalah salah satu tugas wajib yang kita pegang sejak kita dilahirkan lagi.

Sudah tentu saya tahu, ada yang tak berminat hendak belajar dan lebih suka dengan bidang "vokasional". Ada yang lebih minat bertukang, ada yang lebih minat jadi mekanik, ada yang lebih minat untuk buat bisnes sendiri.

Dan semua itu tidak memerlukan band yang tinggi dalam peperiksaan MUET.

Jika anda ada cita-cita yang tidak memerlukan result MUET anda bagus dan sekadar band 1 atau band 2. Go ahead dan teruskan usaha anda untuk capai cita-cita anda.

Nak jadi doktor?


Tapi..

jika band muet ini menjadi salah satu kriteria penting dalam perjalanan hidup anda untuk mencapai cita-cita dan impian anda, usahalah dari sekarang.

Saya doakan anda semua berjaya mencapai band MUET impian anda.

Anak saudara saya itu?

Saya cuma suruh dia baca Panduan MUET ini sahaja dan rajin buat latih tubi. Serta selalu buat study group dengan kawan-kawan. Belajar dengan kawan-kawan lebih baik daripada belajar seorang diri. Dan rajin-rajin juga bertanya dengan pensyarahnya.

--> Panduan MUET 2015