Showing posts with label tips lulus muet. Show all posts
Showing posts with label tips lulus muet. Show all posts

Monday, May 4, 2015

Rahsia Lulus Cemerlang dalam Exam Muet 2015

Hi.

Hari ini saya nak beritahu RAHSIA untuk lulus cemerlang dalam Exam Muet anda. 

Bagi yang akan mengambil peperiksaan Muet pada bulan Jun 2015 ini nanti, saya harap anda baca artikel ini dengan tenang.

Sebab rahsia ini sudah ada dalam diri anda.

..

...

Rahsia untuk menjadi seorang CHEF yang berjaya adalah..

memasak makanan yang sedap untuk orang yang mereka sayang.

..

...

Ya. Itu sahaja.

Dan jika anda hendak berjaya dan lulus cemerlang dalam Exam MUET kali ini..

Ask yourself..

"Apa cita-cita anda..?"

"Jika sudah berjaya, siapa yang anda hendak gembirakan?"

"Jika cita-cita anda adalah menjadi seorang doktor, siapakah orang yang anda hendak rawat?"

..

...

Tanyakan soalan-soalan begini pada diri anda.

In-sha Allah, sedikit sebanyak akan merangsang anda untuk lulus cemerlang bukan sahaja dalam exam muet, bahkan untuk capai segala cita-cita yang anda mahu.

Rahsia lulus Muet


Ini cuma sisipan rohani.

Agar kita sentiasa konsisten untuk capai cita-cita kita.

Exam MUET cumalah satu batu loncatang yang kita perlukan untuk mencapai apa yang kita hendak.

Usaha sungguh-sungguh.

Kekal konsisten.

Sentiasa berdoa dan bertawakal.

Belajar dan baca Panduan MUET setiap hari.

Gembirakan hati orang lain.

I wish your successful in your MUET exam.

Wednesday, April 29, 2015

Tak pandai bahasa Inggeris, macam mana nak lulus EXAM MUET?

Hmm..

Ya.

Saya tahu itu.

Sebab saya juga bukannya seorang pelajar yang fasih berbahasa inggeris atau mahir dalam mata pelajaran bahasa inggeris.

Bahkan, saya juga bukan seorang yang cukup suka bercakap dalam bahasa inggeris.

Tapi, saya tahu apabila saya akan bekerja pada suatu hari nanti, saya kena tahu serba sedikit tentang bahasa inggeris.

Kena boleh berbual dan berkomunikasi dalam bahasa inggeris.

Apa yang saya lakukan untuk lulus Exam MUET?


Jadi, apa yang saya lakukan untuk boleh berkomunikasi dalam bahasa inggeris dan lulus dalam Exam MUET yang sangat susah itu?

Ok course, saya kena rajin belajar walaupun saya bukannya seorang yang cukup rajin.

Jadi, setiap kali ada "study group", saya akan turut serta.

Macam orang bisnes selalu cakap, nak pandai dalam bisnes, kena selalu bergaul dengan orang yang pandai bisnes. Kalau kita tak boleh jadi jutawan, sekurang-kurangnya, kita boleh dapat duit setiap bulan dengan lumayan.

Apa lagi saya lakukan?

Saya suka tonton filem dan drama bahasa inggeris.

Jadi, apa yang pelakon tu cakap, saya akan ulang dan cuba ingat.

Sedikit sebanyak, saya akan mahir.

Malah, saya juga salah seorang yang gemar menonton drama jepun dan korea. Ketika di kolej dulu, drama jepun dan korea semakin popular dan menarik hati ramai penonton. Saya salah seorang daripadanya.

Dan setiap kali drama, pasti akan ada "subtitle" bahasa inggeris dibawah. Jadi, untuk memahami jalan cerita setiap episode drama jepun dan korea itu, saya kena faham maksudnya. Baru saya faham jalan ceritanya.

Dan alhamdulillah..berkat sedikit usaha yang tidak seberapa itu..

Saya lulus exam MUET saya dengan..

BAND 3!

Ya.

Bagi saya, itu satu pencapaian yang cukup tinggi dalam hidup saya.

Jika saya boleh lakukannya, anda semua juga tidak mustahil.

Ia cuma perlukan satu "resolution" dari diri kita.

Kita mahu atau tidak.

Kita hendak usaha atau tidak.

Tak ada perkara mustahil di dunia ini.

Mungkin agak mustahil bagi sesetengah perkara, tapi bila kita cerita tentang masa depan..

..

...

ANYTHING is possible.

Anything is possible. 

Thursday, February 26, 2015

Tips untuk Ujian Bertulis Peperiksaan Muet 2015

Ya.

Dari jadual peperiksaan Muet 2015, saya telah tahu bahawa akan diadakan ujian bertulis Muet pada 7 Mac 2015 ini.

Jadi, tolak hari cuti dan jumlah jam yang kita tidur, tak sampai 10 hari lagi dah kiranya anda semua akan menempoh dugaan dan cabaran untuk menjawab soalan-soalan ujian bertulis yang akan memeningkan kepala anda semua.

Okeh.

Kepada calon-calon Ujian Bertulis Muet 7 Mac 2015 

Ini tips dari saya.

Ikut tips dan panduan yang pensyarat atau cikgu bahasa inggeris anda beritahu.

Buat latih tubi contoh-contoh soalan untuk memahirkan anda menjawab soalan nanti. Kalau tak ada contoh soalan, beli aje buku lampiran soalan latih tubi tingkatan 3 ke atas. Soalan itu walaupun nampak macam mudah, tetapi yang mudah-mudah itulah yang orang kita terutamanya orang Melayu yang selalu buat silap.

Bila ada jawapan yang salah, minta penjelasan dari cikgu atau rakan anda yang mahir.

Itu sahaja.

Tetapi jika anda mahu Panduan PENUH atau bantuan yang boleh membantu anda untuk lulus cemerlan dalam ujian bertulis kali ini, saya mencadangkan anda BACA Panduan Muet ini.

Boleh dapatkan panduan itu melalui link dibawah ini.

Klik link ini --> Panduan Muet 2015