Tuesday, January 27, 2015

Study Group untuk Peperiksaan MUET

Ya.

Study Group untuk Peperiksaan MUET.


Jika anda sudah kesuntukan masa untuk belajar untuk menghadapi peperiksaan MUET yang bakal tiba nanti, inilah saranan saya. Belajar secara berkumpulan ataupun buat study group.

Terutamanya dalam "ujian speaking" nanti.

Anda kena belajar memperkenalkan diri masing-masing dalam ujian nanti.

Jadi, buat "mock" speaking exam dengan kawan-kawan. Buat dalam 5-6 orang dalam satu kumpulan.

Susun meja macam kat dalam gambar ni.

tips ujian speaking muet
tips ujian speaking muet - cara susun meja muet

Mulakan dengan memperkenalkan diri masing-masing.

Pilih satu topik dan bincangkan dalam bahasa inggeris.

Bagi giliran setiap orang untuk memberikan pendapat.

Jangan argue atau membantah pandangan rakan anda. Belajar menerima pandangan orang lain terlebih dahulu dan kemudiannya barulah anda TAMBAH penambahbaikan ataupun tambah isu yang sesuai dan menarik agar persembahan anda nampak lebih "hidup".

Apa kebaikan ujian speaking ini dalam kehidupan kita?


Mudahkan kita untuk minta kerja nanti. Sebab sebelum mintak kerja, sudah tentu kita kena temuduga dulu. Dan biasanya kita kena cakap dalam bahasa inggeris. Selalunya kalau syarikat swasta, memang kena tahu, faham dan boleh bertutur dalam bahasa inggeris dengan baik. Dari sesi memperkenalkan diri sahaja dah cukup untuk mereka tahu kita mahir atau tidak dalam bahasa inggeris.

Ini super skill yang perlu ada dalam diri seorang pelajar.

Dan of course, bila kita boleh "speaking", bila dah bekerja nanti ia akan memudahkan urusan kerja kita. Mana tahu, tetiba kena hantar ke London ke, Australia ke atau negara-negara yang memerlukan kita fasih berbahasa inggeris. Jadi, takdelah masa tu kelam-kabut sangat, kan?

Hehe..

Apapun, banyak kebaikannya bila kita boleh speaking nih.

Oklah.

Cukup sampai sini sahaja dulu.

Nanti saya sambung cerita lagi ye. :)


Sunday, January 25, 2015

Pengalaman menghadapi Peperiksaan MUET

Senang ke nak lulus Peperiksaan MUET nih?


Agak-agak, anda boleh lulus dengan cemerlang tak dalam exam MUET yang mencabar dan memingkan kepala nih?

Ya.

Saya tahu.

Sebab saya sendiri sudah mempunyai pengalaman menghadapi Peperiksaan MUET dulu ketika belajar dimatrikulasi.

Pensyarah saya hampir setiap bulan buat "mock" exam agar kami semua terbiasa dengan suasana sebenar peperiksaan MUET nanti. Tak adalah nanti terkial-kial nak jawab apa atau apa yang perlu dicakap ketika dalam ujian. Terutamanya dalam ujian "speaking".

Kalau kurang bersedia, memang hanyutlah jawabnya.

Band 1 memang dalam tangan.

Tapi, kita tak nak Band 1, kan?

Kita mahu sekurang-kurangnya mesti dapat Band 3. Barulah senang nak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Dan turut juga membantu dalam memahami bahasa inggeris dan boleh bertutur dengan baik dan lancar dalam bahasa inggeris.

Untuk ujian bertulis, lebih kurang macam jawab soalan peperiksaan bahasa inggeris kat sekolah dulu-dulu tuh. Cuma dia punya soalan agak susah sikit la. Sesuai lah dengan level kita, kan?

Nasihat saya untuk yang akan menghadapi Peperiksaan MUET 

Belajar bersungguh-sungguh. Dengar apa yang teacher ajar. Kutip tips dan teknik menjawab soalan dari pensyarah atau cikgu masing-masing. Tanya apa yang mungkin keluar. Spot topik-topik yang mungkin akan keluar dalam peperiksaan dan selalu buat latih tubi contoh soalan atau ramalan MUET.

Tidak pun.

Boleh baca panduan MUET ini.

Sedikit sebanyak boleh membantu anda memahami apa yang perlu anda belajar dan kuasai sebelum menghadapi peperiksaan MUET nanti.

Boleh dapatkan panduan Muet ini melalui link ini.

Klik link ini --> Panduan MUET 2015

 Rahsia Lulus MUET dengan Cemerlang