Wednesday, April 29, 2015

Tak pandai bahasa Inggeris, macam mana nak lulus EXAM MUET?

Hmm..

Ya.

Saya tahu itu.

Sebab saya juga bukannya seorang pelajar yang fasih berbahasa inggeris atau mahir dalam mata pelajaran bahasa inggeris.

Bahkan, saya juga bukan seorang yang cukup suka bercakap dalam bahasa inggeris.

Tapi, saya tahu apabila saya akan bekerja pada suatu hari nanti, saya kena tahu serba sedikit tentang bahasa inggeris.

Kena boleh berbual dan berkomunikasi dalam bahasa inggeris.

Apa yang saya lakukan untuk lulus Exam MUET?


Jadi, apa yang saya lakukan untuk boleh berkomunikasi dalam bahasa inggeris dan lulus dalam Exam MUET yang sangat susah itu?

Ok course, saya kena rajin belajar walaupun saya bukannya seorang yang cukup rajin.

Jadi, setiap kali ada "study group", saya akan turut serta.

Macam orang bisnes selalu cakap, nak pandai dalam bisnes, kena selalu bergaul dengan orang yang pandai bisnes. Kalau kita tak boleh jadi jutawan, sekurang-kurangnya, kita boleh dapat duit setiap bulan dengan lumayan.

Apa lagi saya lakukan?

Saya suka tonton filem dan drama bahasa inggeris.

Jadi, apa yang pelakon tu cakap, saya akan ulang dan cuba ingat.

Sedikit sebanyak, saya akan mahir.

Malah, saya juga salah seorang yang gemar menonton drama jepun dan korea. Ketika di kolej dulu, drama jepun dan korea semakin popular dan menarik hati ramai penonton. Saya salah seorang daripadanya.

Dan setiap kali drama, pasti akan ada "subtitle" bahasa inggeris dibawah. Jadi, untuk memahami jalan cerita setiap episode drama jepun dan korea itu, saya kena faham maksudnya. Baru saya faham jalan ceritanya.

Dan alhamdulillah..berkat sedikit usaha yang tidak seberapa itu..

Saya lulus exam MUET saya dengan..

BAND 3!

Ya.

Bagi saya, itu satu pencapaian yang cukup tinggi dalam hidup saya.

Jika saya boleh lakukannya, anda semua juga tidak mustahil.

Ia cuma perlukan satu "resolution" dari diri kita.

Kita mahu atau tidak.

Kita hendak usaha atau tidak.

Tak ada perkara mustahil di dunia ini.

Mungkin agak mustahil bagi sesetengah perkara, tapi bila kita cerita tentang masa depan..

..

...

ANYTHING is possible.

Anything is possible. 

Saturday, April 18, 2015

Persedian MUET Jun - Ogos 2015

Ya.

Bagi pelajar atau sesiapa yang telah mendaftar pada awal tahun ini, mereka akan menghadapi ujian MUET pada bulan Jun hingga Ogos 2015.

Jadi, tinggal tak sampai sebulan lebih sahaja lagi sebelum anda semua menghadapi ujian MUET tersebut.

Persediaan exam MUET Jun - Ogos 2015


Saya pasti, ramai yang sedang belajar dan tak kurang juga yang mengadakan "study group" dengan rakan-rakan masing-masing agar dapat lulus MUET dengan cemerlang.

Seperti yang saya beritahu sebelum ini, jika anda berjaya dapat keputusan MUET yang cemerlang sekurang-kurangnya Band 3, itu dah cukup banyak membantu untuk memilih "course" yang anda minat.

Malah, mereka yang ingin belajar dalam subjek Sains seperti kedoktoran, farmasi, kejuruteraan dan sebagainya memerlukan Band yang tinggi untuk belajar di universiti.

Jika anda mempunyai cita-cita tersebut, buatlah persediaan sejak awal lagi agar anda tidak terasa susah hendak study atau bersedia mencapai cita-cita tersebut. Takdelah rasa kelam-kabut sangat, kan?

Panduan Muet 2015


Oleh itu, saya cadangkan anda mendapatkan Panduan MUET 2015 ini untuk membantu dalam persediaan anda menghadapi peperiksaan MUET yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Dapatkan panduan itu segera sekarang!

Boleh dapatkan panduan itu disini -- Panduan MUET 2015