Tuesday, June 2, 2015

Rahsia Lulus MUET Speaking

Ya.

Jika anda membaca artikel ini, pasti anda sedang mencari tips atau rahsia untuk lulus exam MUET speaking. 

Saya tahu, bab speaking atau berbicara dalam bahasa inggeris ini memang bukan mainan orang kita. Nak kata boleh cakap inggeris lancar ni, boleh berbelit lidah kita dibuatnya. Salah cara dan gaya, telo dan bunyi atau slang english pun dah terasa janggal sahaja bunyinya.

Ini sedikit tips dari saya yang pernah melalui exam MUET beberapa tahun lalu.

Dari perbincangan dengan mereka-mereka yang pernah menduduki exam MUET speaking ini, rata-rata dari mereka yang benar-benar fail pada mulanya bercakap dalam inggeris ini, semuanya menyatakan bahawa, study group dan mock exam MUET speaking adalah cara paling cepat untuk menguasai ujian ini.

Walaupun saya tidak berani kata, cara ini adalah cara paling tepat.

Tapi sedikit sebanyak, ia amat berkesan bagi saya.

Sebab dulu, saya memang "fail" habis bab kecek inggeris ni. Grammar memang out habis.

Tapi alhamdulillah, mungkin berkat main belasah aje, janji ada bunyi-bunyi english british tu sikit, boleh la kiranya kan?

Rahsia Lulus Exam MUET Speaking


5 Tips Rahsia Lulus MUET Speaking dari saya.


1. Berlatih bercakap depan cermin. Anggap sedang berbual dengan kawan rapat anda. Sebab kawan rapat ni, dia takkan ketawa depan kita. Dia tahu, kita sedang berlatih. Takkan la mereka sampai hati nak gelakkan kita bila ada bunyi perkataan yang kita cakap tu lain bunyinya atau grammar dalam conversation yang kita cakap tu..salah dari peraturannnya.

2. Study group khas untuk EXAM MUET. Berbincang topik yang popular dan mungkin akan keluar dalam ujian nanti. Biasanya, isu semasa, isu yang berkaitan dengan dunia pendidikan dan ada kaitan dengan isu sekolah dan murid. Bincang dan keluarkan point-point penting dan hafal. Bagi rakan yang pandai, ajar rakan yang lain untuk cakap dalam bahasa inggeris yang ringkas. Tak perlu berjela-jela. Cukup sekadar kalau point tu ada. Kang mengarut tak tentu pasal jadinya.

3. Berlatih bab "introduction" atau bab memperkenalkan diri dengan seperfect yang mungkin. Bahagian ini juga penting bila kita nak pergi interview. Biasanya, mereka akan minta kita perkenalkan diri kita dalam bahasa inggeris. Cuba la beratus-ratus kali cakap depan cermin atau depan kawan anda. In-sha Allah, bulih punya.

4. Buat mock exam MUET versi speaking. Ada moderator dan ada 5-6 orang dalam satu kumpulan. Susun meja dan ambil giliran masing-masing ketika bercakap. Ulang sekurangnya 1 minggu sekali. Dan sekaligus, ini juga akan memahirkan kita bercakap dalam bahasa inggeris bukan sahaja untuk lulus dalam MUET EXAM, tetapi juga dalam percakapan seharian kita.

5. Buat satu hari dalam seminggu dalam kelas kita, kita kena bercakap dalam english. Siapa tercakap bahasa jawa, haa..denda dia 50 sen satu perkataan. Haa..haru biru kau dibuatnya. Haha..tapi try la. Memang seronok. Bila benda dah seronok, kita akan lebih mudah untuk ingat dan belajar.

Itu sahaja.

Harap tips rahsia lulus MUET speaking ini akan membantu anda lulus dalam exam MUET Speaking anda. Baca juga tips yang rakan saya tulis ini --> 8 Tips Lulus Exam MUET

Jika lulus, jangan lupa belanja makan besar dengan rakan study group anda yang lain.

Salam kasih sayang dari saya.

No comments:

Post a Comment

Jika ada pertanyaan tentang MUET, boleh tanya disini.