Tuesday, January 27, 2015

Study Group untuk Peperiksaan MUET

Ya.

Study Group untuk Peperiksaan MUET.


Jika anda sudah kesuntukan masa untuk belajar untuk menghadapi peperiksaan MUET yang bakal tiba nanti, inilah saranan saya. Belajar secara berkumpulan ataupun buat study group.

Terutamanya dalam "ujian speaking" nanti.

Anda kena belajar memperkenalkan diri masing-masing dalam ujian nanti.

Jadi, buat "mock" speaking exam dengan kawan-kawan. Buat dalam 5-6 orang dalam satu kumpulan.

Susun meja macam kat dalam gambar ni.

tips ujian speaking muet
tips ujian speaking muet - cara susun meja muet

Mulakan dengan memperkenalkan diri masing-masing.

Pilih satu topik dan bincangkan dalam bahasa inggeris.

Bagi giliran setiap orang untuk memberikan pendapat.

Jangan argue atau membantah pandangan rakan anda. Belajar menerima pandangan orang lain terlebih dahulu dan kemudiannya barulah anda TAMBAH penambahbaikan ataupun tambah isu yang sesuai dan menarik agar persembahan anda nampak lebih "hidup".

Apa kebaikan ujian speaking ini dalam kehidupan kita?


Mudahkan kita untuk minta kerja nanti. Sebab sebelum mintak kerja, sudah tentu kita kena temuduga dulu. Dan biasanya kita kena cakap dalam bahasa inggeris. Selalunya kalau syarikat swasta, memang kena tahu, faham dan boleh bertutur dalam bahasa inggeris dengan baik. Dari sesi memperkenalkan diri sahaja dah cukup untuk mereka tahu kita mahir atau tidak dalam bahasa inggeris.

Ini super skill yang perlu ada dalam diri seorang pelajar.

Dan of course, bila kita boleh "speaking", bila dah bekerja nanti ia akan memudahkan urusan kerja kita. Mana tahu, tetiba kena hantar ke London ke, Australia ke atau negara-negara yang memerlukan kita fasih berbahasa inggeris. Jadi, takdelah masa tu kelam-kabut sangat, kan?

Hehe..

Apapun, banyak kebaikannya bila kita boleh speaking nih.

Oklah.

Cukup sampai sini sahaja dulu.

Nanti saya sambung cerita lagi ye. :)


No comments:

Post a Comment

Jika ada pertanyaan tentang MUET, boleh tanya disini.