Friday, March 27, 2015

10 Tips RAHSIA lulus exam Muet

Hi..

Selamat malam.

Hari ini, saya hendak berkongsi tips mudah-mudah sahaja.

Tips mudah dari saya sebagai seorang bekas pelajar yang pernah ambil exam muet dan lulus exam muet dengan jayanya ini saya harap dapat membantu sedikit sebanyak agar anda boleh juga lulus dengan cemerlang dalam exam anda.

10 Tips RAHSIA Lulus Exam Muet



  1. Banyakkan membaca buku cerita atau novel bahasa inggeris
  2. Tambah perbendaharaan kata anda. Sediakan satu buku nota kecil dan catit perkataan yang susah-susah anda hendak ingat dan perkataan yang sesuai untuk digunakan ketika berbual dan menulis karangan.
  3. Beri tumpuan ketika guru/pensyarah mengajar didalam kelas. 90% dari kita boleh ingat apa yang mereka ajar selepas hari pertama. Dan sebahagian besar dari kita lupas 50% dari apa yang kita pelajari hari sebelumnya dan semakin berkurangan selepas itu malainkan kita selalu buat ulangkaji. 
  4. Ulangkaji setiap hari sehingga hari peperiksaan.
  5. Ambil makanan manis atau snek manis ketika belajar. Seperti kismis minda, coklat minda, air madu dan sebagainya. Benda-benda manis ni boleh membantu kita mengingat dengan lebih mudah. 
  6. Sentiasa berdoa dan bertawakal. Minta ibu kita doakan kita lulus exam selalu. Doa ibu bapa tiada hijab. 
  7. Rajin bertanya dengan kawan dan guru-guru anda. Kalau perlu, pergi kelas tusyen. 
  8. Study group. Lakukan study group sampai hari peperiksaan. Ini dapat membantu anda "Refresh" semula apa yang anda mungkin terlupa.
  9. Baca Panduan MUET ini dan lakukan latih tubi soalan-soalan yang mungkin keluar. Mahirkan diri dengan soalan-soalan yang bakal ditanya.
  10. Yakin pada diri sendiri dan usaha sungguh-sungguh untuk capai impian anda.
Itu sahaja dari saya.

Moga-moga tips mudah dari saya ini akan membantu anda untuk lulus exam MUET anda dengan lebih cemerlang dan sekaligus membantu anda capai cita-cita anda.

Dan jangan lupa..

Ucapkan terima kasih kepada mereka yang telah membantu anda jika anda telah berjaya nanti. 

Always take RISK and conquer your fears.




No comments:

Post a Comment

Jika ada pertanyaan tentang MUET, boleh tanya disini.